Selamat Hari Ibu!!
Sejak semalam lagi dah mak diraikan oleh anak anak dan pokcik.
Tiada yang istimewa selain dari dapat meluangkan masa bersama mereka
Tanpa mereka, Hari Ibu langsung tiada makna buat mak..
Apalah ertinya hari ibu tanpa anak anak di sekeliling kita kan?
Terima kasih untuk suami dan anak anak
kerana melengkapkan kehidupan mak sebagai seorang isteri dan ibu
dapat mengecap susah payah melihat anak anak membesar
dan pahit manis mendidik mereka hingga begini jadinya mereka
Buat kaum ibu yang lain,
mak juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu
Tak kisah la kita membesarkan darah daging sendiri
mahupun anak angkat atau anak tiri,
kerana merekalah jua kita digelar ibu
Selamat Hari Ibu!!

Note : Along bagi pendrive yang dibeli dengan duit simpanan hariannya sendiri, angah bagi cenderahati berupa kapal, meisya plak bagi frame gambar yang complete pakej dengan gambar sendiri. Hadiah dari pokcik?? Tak payah reveal la kot….
Bukan nilai hadiah yang mak herankan tapi mak sangat tersentuh bila anak anak menghargai mak sebagi ibu mereka. Membaca kad ucapan yang along dan meisya hasilkan sendiri adalah benda yang paling touching for me..

oooo terlupa lak,hihi
Selamat Hari Ibu,Mak
so sweet
Mak,doakan Pia je moga dapat jadi ibu secepatnya ;’)
Senyum lebar para ibu dalam sehari dua ni
Dapat hadiah, dapat ucapan dan macam2 lagi
Tahniah untuk mak kerana dapat gelaran ibu
selamat hari ibu untuk mak
Selamat Hari Mak!!hehe
Selamat Hari IBU!
`selamat hari ibu`..bertuah bila ank2 mengingati tarikh ini..ya bukan harga yg menjadi ukurannya..yg penting ingatan mereka..
** terima kasih kerana sudi hadir semlm..mama & family sgt2 menghargainya..salam sayang dr mama..
pokcik bagi apa? cakap la….
ehem ehem…
Selamat hari ibu… Semoga menjadi ibu yang baik ;D
Selamat hr ibu…. Betul tu Mak, bkn hadiah yg Jd ukuran… Ingatan mereka tu yg ptng…
hari2 ialah hari ibu..
Alhamdulillah..itu lah yg paling bermkna bg seorg ibu..
Bkn harta yg mereka minta tp kasih syg yg tak ternilai kan mak..
Selamat hari ibu..
Thanks sbb sudi jd mak “tipu” sy..muahhh2..syg mak sngt2..
Psssttt:hope ape yg sy bg pd mak sy ari ni mampu buat die bahagia.. :’(
Selamat hari ibu mak!
Ibu tiri / angkat / susuan, kalo dia yang menjaga kita, maka dia adalah ibu kita. Opsss… Termasuk ibu mertua
Selamat hari ibu buat mak lagenda