LESEN EXPIRED DATE!!

Pagi semalam, tengah dok sibuk sibuk, mak recived a call. Angkat angkat je, orang sebelah sana dok cakap ‘ Please insert your parking ticket..please insert your parking ticket‘ Ceh!!! Laki mak ghupanya yang jadi mesin ticket rosak tuh. Tak abis abis lagi dia dengan please insert your parking ticketnya tu hah..

Selesai tergelak terbahak bahak barang sedas dua, baru tanya ‘ Hah pehal call??‘ Wakaka..gila kewl tanya laki gitu dop? Padahal kalau mak tanya manja ~ ” Nak apa yayang..” Korang bukannya tahu pun kan?? Muahahhaha..okeh. Kita lompat ke adegan seterusnya.

Then pokcik tanya, ‘arini berapa haribulan?? 25hb la’ Then kepala dok pikir..hah?? Bezday sape plak aku tertinggal?? Date apa plak lagi yang tak masuk dalam memori mak nih? *Gigil tetiba*Or..tak payah der nak buat suprise aniberseri der. Lambat lagi rasanya. “Rasanya??” Erk. Ahahaha..

Soklan Arahan kedua pokcik adalah soh mak pi tengok lesen. 25 April 2012. Ayooo..Demmmmm…!!!! Wa punya lesen sudah expired date maaaaa!! Hahahaha..So katanya, itu kereta tak bley drive balik umah ha. Kasik taruk sana opis parking diam diam. Lesen tarak, kereta tarak buleh jalan. Cehhh..baru 1 ari je expired. Leks la bro..hidup kena kewl gitus.

So, setakat tanya.. setakat nak bagi gempak..nak kasik cuak mak debab, baik tok sah bang!! Malam tadi, sebelum mak terlupa lagik buat sekian kalinya lesen with dia punya lembaran lesen tu mak hulur kat dia soh pi renew. Cakap banyak tak de der. Duit renew, duit kopi, duit apa sekali pung, semua tarak. Err, bukankah renew lesen juga termaktub termasuk dalam nafkah si suami jugak ke bang?? Muahahaha…

FYI, lesen expired ni bukanlah pertama kali terjadi dalam hidup mak. Berkali kali dah sampai rasa lali..hihihi. *Peace pak polisi* Still fresh in my memori gitu..Diantara pengalaman dan kisah expired date lesen ni yang masih mak ingat yeh..come betulkan duduk korang dan muntah la baca pengalaman silam dan tak berapa silam mak!

Case No. 1

1st lesen. Lesen baru la katanya kan. Masa tu terus buat 2 tahun termasuk P rasanya kan? So, memang berjimba sakan tanpa teringat langsung la pasal expired date lesen nih. Siap bley bawak member pi jenjalan ke Temerloh.

Arini jemaat. Then ada roadblock. Mak stop. Pak polis tu siap senyum tapi tak mintak lesen pun. Tanya mak je nak pi mana..jawap lebih kurang then dia soh jalan. Tapi masa tu menggelis kejap..mak pelawa la polis tu ‘ Tak nak tengok lesen ke??” Waaaaaaa…gila riak nih siap offer polis tengok lesen. Hati gila bangga sebab bertahun amik lesen tapi never sekali pung jumpa road block. Mujur polis tu senyum jer..dia kata tak payah..so mak teruskan perjalanan.

Sampai kat destinasi, tengah makan kat restoran tu lah, sambil sambil tengok duit baru, rasa gatal tangan nak membelek purse. Belek punya belek, hamekkkkkkk!!! Lesen gue telah expired 4 bulan sudah!!! Gila tergolek kat situ jugak. Muka pucat kesi woh. Lutut terus rasa gigil tak leh nak berdiri. Mampossssss..my member plak memang jenis haram tak reti langsung pegang stereng. Masing masing dah cuak. Nak nangis pun ada dah. Huaaaaaa…camne nak balik nih???

Mujur hari jemaat. Tunggu taim orang pi semayang jemaat, agak agak semua polis tu bongkar roadblock untuk pi semayang jemaat, taim tu jugak mak balik. Sambil nak tunggu polis tu bongkar semua pondok and penghadang dia bagai tu, mak dah takde selera nak jalan kemana dah. So, marilah kita park  ditepi jalan dan berpicnic secara berjemaah beramai ramai.

Tadi, turun umah, umang aiiii..bukan main lagik melaram dengan baju 2 piecies nih. Berbaju kelawar batik kat luar, singlet kat dalam. Sekali kooooo..dengan kelawar tah kemana mak hauk, last last dengan singlet tu je dah mak bogel duduk menunggu dalam keta dengan kengkawan. Dah ghupa pengemis pun adoo dengan kengkawan.

Gila ketor kepala lutut Allah je tahu masa tu. Tekan minyak dengan nak tekan break tu sama banyak je..ye lah. Takut takut kat depan tu toingggg polis dah terpacak?? Memang bermalam di lokap la mak debab..

Akhirnya, drive dengan selamatnya sampai ke Kerayong/Bera. Selamat sampai kat situ polis takde. Kat situ ada pos office. Nak renew lesen kat situ ajelah. Q punyalah berjam jam, bila sampai my turn, boleh dia kata kat situ dia tak bley renew my lesen?? Wah..matik! matik!! Nak balik jauh lagik nih..lesen takde, kang kalau kat depan sana polis ada kang, camne?? Nak merayu?? Nak menangis meraung? Owh tidak…

Drive lagik slow slow..sampai plak kat Kemayan. Kat situ pun ada kat pos office. Dah rasa lega dah sebab dah dekat nak sampai. Ngam tang coner baring tu, mak nampak polis. Huaaaaaaa..jam jam tu gak memang rasa nak terburai kencing!! Padahalnya kan, polis tu duduk je tepi jalan tunggu member dia ke apa..bukannya nak buat road block ke apa..tapi tu lah. Bila orang dah buat salah, macam macam rasa bersalah dia rasa kan??

Mujur akhirnya boleh renew di pos office kemayan tuh. Alhamdulillah sangat sangat. Perasaan pas kuar dari pos office tu, umangaiiii..rasa macam nak pi tunjuk tunjuk lesen tu depan bijik mata polis tadi! Hahahaha..tetiba riak balik. Tuhan marah, baru padan muka aku!

Case no. 2

Pun jugak..sedar lesen tu dah expired setelah nak isi form untuk join VIP Exora test drive. Dah 2 bulan expired baru laki mak tepuk dahi. Hihihi..Oleh kerana laki bini ni memang renew lesen sama sama, makanya date expired lesen itu adalah samalah. Bila lesen dia kiok, makanya lesen mak pun adalah mamfuss jugak loooo. Kan gitu?? Nama pun test drive, sah sah la penguji tu wajib ada lesen kan?? Tak terpikir la plak ada lesen bermakna lesen tu harus masih laku. Kah kah kah..

Memang terkulat kulat la kejap kat table tuh. Acaner nih?? Takkan nak tengok jer?? Tapi takkan la plak nak pi kuis kuis bahu manager event tu ” Errr puan, untuk pengetahuan puan, saya ada lesen, tapi malangnya lesen saya telah expired’ Buleh?? Kalaulah laki mak pi buat gitu, memang terjun banggunan tingkat doblas omak kao! Malu..maluuuuu aku nyah!!

Tapinya, nak drive guane kalau takde lesen nih?? Takkan nak tengok ajekan? Join event ni pun sebab nak test drive. Yang mak ni pulak, memang tau dah kita tak de lesen*expired date* memang terketor kura kura arr nak menekan break or clucth tu. Udah la harta orang..Mujur fasilitator yang incharge my group tu kata takpe. Drive je bebaik. Harap takde apa apa berlaku. Huhuhu…Gila laaaa..Memang sumpah tak buat dah!!

Opssssss..tapi kali ni TERbuat jugak lagi. Acaner tuh?? Takkan ler nak boh reminder lagi kot?? Memang penuh macam macam date dalam reminder tu kang. But my lovely husband said, yang kecik kecik punya hal, tak payah simpan dalam your memori. Buat full disk je. Dah la Gig kecik!! Apa apa yang penting je awak ingat dan pikir, yang lain serah kat abam *sambil tepuk dadanya yang bidang* Kah kah kah kah kah..

So, moral of the story morning glory hari ini is:

~Hidupkan lesen kereta /motor/ waima lesen apa sekali pun hanya setahun sekali. Tak payah la nak renew lelama la untuk mudah dah jimat la konon. Lebih baik, pilih date yang korang mudah ingat like ur bezday ke.

~ In my case, mak amik pendekatan renew lesen sama sama dengan lesen laki. Supaya bila lesen dia mati, dia akan ingat lesen mak matik too.

~ Secara automatik jugak, bila dah mengrenew lesen mu itu, tak reti reti nak renew lesenku sekalikah??

Sekian, motto hidup saya sekarang adalah~ Hidup mau sentiasa bijak. Bijok…bijok..Mak sape lah yang bijok terlajok sangat macam bajok ni yea?? Mih mih mih..* Gelak sambil tekup mulut*

P/s: Yang baik amik sebagai pengajaran. Yang buruk, sila buat sempadan..Peace yaw.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • lesen l tahan berapa lama
  • macam mana nak renew lesen p
  • p lesen expired
  • lesen l expired
  • lesen p expired
  • macam mana nak renew lesen l
  • renew lesen p 2012
  • bila boleh renew lesen p
  • boleh tak renew lesen awal
  • kat mana nak hidupkan lesen L

14 thoughts on “LESEN EXPIRED DATE!!

  1. kira oklah tu lagi mak, mak saya drive keta pergi Melaka, Terengganu bagai sebulan lebih. Sekali dekat Taiping tetiba ada polis kejar, siap tekan hon and pakai loudspeaker suruh berenti. Lepas tu, mak turun kereta buat muka tak bersalah..ha awat suh berenti ni. Rupa-rupanya, puan..roadtax kereta puan dah sebulan lebih xpired…huhuhu..tebal muka mak. Nasib baik mak isteri Pegawai polis, orang tu kenal abah, maka lepas ler mak..huhuhuhu
    nisa´s last [type] ..Cat Meow!Meow!

    [Reply]

  2. el plak mak..mmg lesen driving matik bln 9..mmg otak dah set..bln 9 sure kena renew lesen..wat setahun sekali jerk hehehehe…ha tips lesen pocik sm date ngan lesen mak..mmg bijok2…tu x reti2 nak renew sekali kan hahahaha
    el´s last [type] ..GAMBAR PIJA MENTOR BERTUNANG

    [Reply]

  3. bagus sungguh pendekatan yg mak amik tu. so… lenkali takde adegan lupa2 nak renew lesen ni lagi yewww… kuikuikui…
    *sori mak.. pagi ni pale agak pening2 lalat. mlm tadi cam tak cukup tido jewww…

    [Reply]

  4. hahaha..upenye mak ngan anak same je..
    anak mak nih same je..lupe renew lesen P yg dah expired..so memang xleyh nk renew kt post office la..
    dah la lupe..siap g berjimba sampai ke I-City lg..hihi
    yg lg best pastu x g renew jgk smpaila nak beli kete baru la g renew..
    tu pon tebal telinga ni dgr bebel ayah..hihi
    iEyLa´s last [type] ..Happy Birthday to ME!!!!!

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge