Situasi : Di sebuah bank
Mood adalah kebosanan menunggu turn.
Jadi, marilah kita bergebang gebang sementara mak tunggu turn di bank ni hah. Gila apa ramai orang tunggu turn!! Ater,apa kesah korang arini? Sambung bercutikah or bekerja today? Mak cam biasa. Usah ditanya cuti atau bekerja. Dah ada cuti tersepit ghinik,harusss ku amik cuti! Rugi wooo sia siakan cuti tersepit camni biorpun opis dan umah adalah sekangkang vabun. Hikss..
But mak ni, nama je bercuti. Banyak urusan yang ingin mak uruskan arini. Kebanyakkannya adalah urusan berkenaan si along. Pada mana mana sahabat yang bertanya dan mendoakan keadaan kami last week, terima kasih bebanyak. Hanya Allah mampu membalas semua doa doa dan sikap amik berat korang tuh..
No worries okey..apa yang terjadi pada along is masalah biasa ekceli. Cumanya, bila ia membabitkan anak mak and me as a mother, benda yang kecik pun nampak like serius giler. Dan, mak akui..kelemahan mak is cepat buat keputusan tanpa berfikir semasak masaknya. Tambahan pulak bila dengar suara si anak yang tertekan dan menangis dihujung talian telefon..mulalah hati tak tenang!!
Siapa yang duduk asrama, mesti dah masak macamana situasi di asrama kan? Mak pun..dari kecik sampailah dah besau gajah camni, memang duduk di asrama. So, selalulah motivated dia. Rupanya, mak terlupa 1 perkara. Situasi dok asrama puteri langsung tak sama dengan asrama putera!! ‘Perkara’ biasa yang mereka anggap hanyalah orientasi, tak boleh nak diterima oleh along. Jangan kata dia..mak pun hilang gak sabar bila dengar cerita along. Inikan pulak dia yang nak kena tahan hari hari kan…?
Tapi bila dah pokcik bawak along balik umah jumaat lepas, mak dah sitdown with along, mak bentangkan buruk baiknya pilihan yang ada. Semua keputusan,100% adalah dari mulut dan hatinya. Mak akan support dan being with him walau apa pun keputusannya. Nak duduk di kampung, bersekolah menengah harian di sini dan hidup bersama kami, mak terima dengan rela hati meskipun banyak kekurangan akademik yang bakal dia hadapi. Yelah..sekolah berasrama penuh dan sekolah harian, kan banyak gila perbezaannya. Tapi, kalau itu dah jadi pilihan dia, mak terima. Janji, dia hepi dan bermotived untuk terus mengharungi his journey ni bagi capai cita citanya. Mak tak mahu gadaikan kegembiraan anak anak demi impian kami.
As a parent..parent manalah yang tak mahu anaknya berjaya kan?? Study di sekolah berasrama penuh, terpilih di antara yang yang terbaik dan bersekolah kluster. But, kalau dah sampai sini sahaja his journey di asrama ni, mungkin ini memang bukan laluan kami. Tak pe lah..
Bukan apa.. orientasi dan bully adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Ikutkan hati, memang dari awal lagi mak dah keluarkan dia dari asrama tu. Banyak perkara yang terjadi hingga mak rasa mak tak mampu nak sabar!! Now, report telah dibuat dan mak hold dulu keputusan yang telah mak sediakan untuk along. Jika masih begitu keadaan along or getting worse or along ‘diusik’ secara fizikal, hah..time tu, ko tengok macamana mak bersilat!! Sekor sekor aku lipat buat lepat!! Dulik kanlah walaupun siapa mak ayah ko..
Klah..Mak got to go now. Lagipun, tu je mak nak update kisah along tu pun. Sambil sambil menunggu di bank untuk buat bankcard kali yang ke 3 nih, leh la mak update kejap untuk korang. Settle urusan bank ni, banyak lagi agenda yang perlu mak settlekan. Nak jumpa baber,nak pi beli spender,nak beli slipper. Hoihhh…pitam! pitam! Basah la ketiak dek berkejaran sini sana.
Then settle part tuh, moh heading ke KL plak!! Nak ngantar si along balik dan my turn plak nak menyinsing lengan nak mengadap pengurus asramanya. Weeeeehoooo..gila banyak urusan! Until then, babaiiiii!!
Posted from WordPress for Mak’s Galaxy Tab
aku tak benarkan anak tinggal di asrama
dia juga nampaknya tak berapa minat
*sekolah* typo hehe
Mak,masukkan anak Mak kat VI
Sultan Brunai pong penah sekaloh situ
sekolah bagus,tapi Pia xtau mcm mane hehe
xsuke la buli2 ni !
gue dari sekolah sampai habis kolej…
asrama saja tempat tinggal..
insyallah, kalo keadaan sekeliling terbaik..
memang mudah menyesuaikan..
ehehehee
Mak.. Along kena buli hari2 ke?mereka usik body x?
semuga semua masalah along along dpt diselesaikan !!!..mama dah alami waktu cik n kat asrama dulu..hu2x..akhirnya dia balik sekolah kat Klang semula..wah bznya LM skrg ni..apapun bykkan rehat..
Rasanya duduk di sekolah harian biasa lagi selamat berbanding asrama. Sekarang duduk asrama tak macam dulu. Sekarang penuh dengan anasir negatif. Kat asrama la punca anak merokok, tak hormat orang tua, jadi ganas, jadi pembuli dan bila dah keluar nanti mungkin jadi penjenayah. Tak semua asrama ada warden yang garang dan buat pelajar2 tu jadi manusia macam dulu. Sebab warden yang garang di asrama akan dikomplen oleh ibu bapa pulak sebab merotan anaknya yang tak solat subuh berjemaah.
better bio along dok asrama..buli @ orientasi @ ragging ni lumrah asrama putera..asalkan jgn bwa kecederaan..
sbnarnya cara ni org lihat mcm kejam..tp sbnarnya depa makin akrab dgn senior scra x langsung..
Dah tua2 nie.. buruk kalo bersilat..
apa kata ajar si along tu bersilat..
biar dia kerate sendiri budak2 nakal tu ngan cikgunya sekali.. he.he.he
teringin nak hantar anak2 ke asrama tapi kesian plak..nnt Mama dornag yg lebih2 sedih
izan takde pengalaman dok asrama masa sekolah mak, kecuali dulu bila dah masuk matrik n uni dulu. cuma betullah.. life asrama utk budak lelaki n perempuan mmg tak sama langsung.
harap2lah mak dapat capai keputusan yg terbaik buat along… jangan cepat putus asa ye along! life must goes on…
Perkara biase duk asrama mak..
Tp bg kite di asrama puteri ni lain kan mak..tak seteruk bdk2 lelaki ni..
Hope along tahan and rsenye syg nye la klu along tak terus study kt situ..
Pape pon u need help pape juz let me know..
along…
be strong for your future…
kalo ade budak buli along..reroger cik pana cecepat….dan2 tu jugak cik pana dtg sane….siap la bebudak tu cik pana himpap2kan nanti….
kalo dah usik badan, ko mmg kene amik tndakan nok… nk raging pun ada batas gak. kalau sebulan dua awal persekolahan tu ok la. ini dah nak masuk bulan ke 5. apa kejadah orentasi lg, skrg dh time bebudak konsentret kt study.
aku kan… tetiap kali dtg melawat adam or dia blk, mesti tnya camne life kt asrama. alhamdulilah.. bertuah sikit la dia sbb asrama tak campo ngn bebudak senior. mmg xde kes buli. tapi, pak dia tetap selalu pesan.. kalau dah kene pukul ke.. usik ke.. bagitau. kot setakat kene suh basuh kasut ke baju ke, amik air ke.. it’s ok. ank aku tu kang penakut gak.. takut dia ngadu kat pak diai, pak dia p belasah budak tu kehkehkeh!!!
along, u r lucky coz ur mom always there support u.. anyway all d best boy..
cuti start esok mak.. yehaaaa sampai next senin.. tp nk bleh start cutik ni aa sakit atik..
Along, keputusan yg bijak… Mg dipermudahkan perjalananmu nak…