SESI MEREPEK MERABAN. SAH!! INI ADALAH TANDA STRESS BAKAL MELANDA!!

March 1st, 2012

Hellooooo..arini just nak merepek meraban kat blog ni hah. Nak merepek kat mana lagi kan kalo tak kat sini. So, sila bagi laluan untuk mak yang bakal stress ni heh? Tasuke?? Ok..tasuke tape. Korang tau apa yang korang perlu buat kalau korang tak suka blog / post orang kan? Okeh syabas beyteh!! Tak payah susah susah mak nak hajar dah.

Bagi yang nak layan perempuan ni nak meroyan, sila teruskan pengembaraan pembacaan korang :p.  Moga moga korang tidak la terasa nak lempang diri sendiri bila korang dah abis membaca  till word yang terakhir kelak. Warning sudah diberikan. So, segala kerugian mahupun kecelaruan minda atau jiwa korang selepas menbaca sesi merepek meraban adalah di atas risiko korang sendiri!!

Bukan apa, ini semua adalah tanda stress bagi pesakit meroyan ni. Dah nampak bayang bakatnya nak datang menyerang dah nih. Gila penat woh 2-3 minggu nih. Sumpah penat macam nak mams. Bila la leh restkan diri dan otak heh?? Biasala kan kan, Bila badan dah penat, otak dah lebam, mula la penyakit meracau racau tu datang.

Macam macam dok ada dalam kepala nih. Nih, dah masuk minggu ke 3 dah mak tak pi jenguk along. Rindu la plak rasanya..Banyak sangat penyebab yang menghalang mak pi jenguk buah hati mak nan soram nih . Anak bertuah soram ni pun 1!! Sekarang ni, mungkin sebab dia dah gila melambak aktiviti sampai tak menang tangan, call mak debab ni barang seminit dua pun susah! Sob..sob sob..

Aritu dah janji dengan along. Tak leh pi jenguk dia tiap tiap weekend. Mak pun ada komitmen lain yang perlu mak hadap. Kalau along leh outing, dari pagi la mak mencanak datang. Jemput dia outing, lepak lepak, makan makan then dah petang kang baru hantar balik masuk hostel.

But, 2-3 minggu ni along tak leh nak outing…Kalu takat pi jenguk dia kat hostel tu jerk, tak berbaloi langsung. Waktu perjalanan dan kos pun dah melampau..takkan datang ke hostel semata mata nak melawat ko tengok mak, mak tengok ko  jer kan? So, we are deal prinsip ‘ If you cannot outing, mak not coming”. Masing masing pun dah setuju. Baik anak, mahupun mak pak.

Haih..tapi kan deal la guane pung!! Tetiba la plak lately nih jauh di sudut hati mak membuak buak nak pi menjenguk along. Tak tahu la nape..Slalu teringatkan dia. Kalaulah ada sayap, hari pulak ditambah kepada 32 jam sehari, mau mak pi terbang jenguk along. Kata pokcik, nampaknya anak tu okey jerk, ibu dia plak yang lebey lebey. Huh..orang lelaki!! Jiwa memang kental sokmo. Kenkadang, mak pun konpius. Dia neh ada perasaan ke tak hah??

Salah satu sebab yang menghalang, study dan class uni ni la hah!! Menjak semester baru dah running ni, mak memang tak cukup tangan dan badan nak membahagi. Weekend minggu ni kena pi jenguk dia, kang weekend next another week tu plak kena attend class kat uni. Lum masuk weekday yang pagi till petang kena kija, petang  kena sambung study buat assignment till midnight dan pitam. Kalo rasa rasa nak pitam, memang awal la masuk sarang tu untuk membungkang.

Tu tak masuk lagi bab kurang sihat, migrain plus penyakit meroyan yang datang menyerang! Badan pun tahu nak tunjuk perasaan. Sakit kaki ler, sakit tangan ler..pendek kata, sini sana tunjuk sakit. Ciss..sakit jiwa mak tau!!

Penyebab utama yang mak perasan menyumbang kepada penyakit meroyan mak datang adalah program/sesuatu yang diplan secara mengejut. Tanpa persetujuan mak, tanpa pengetahuan mak. Tau tau, just call and mak must be there. Cehh..Memang punca stress di tahap yang melampau la jawapnya

Kerja opis dah la banyak, masalah itu ini nak kena hadap. Assigment nak kena kejar dateline. Dah molek molek susun strategi untuk selesaikan semuanya, mai plak menyelit memacam program di luar kawalan mak. Jiran sebelah nak kawen la, orang depan umah nak beranak lah, mak nak buat kenduri bagai lagi. Isk…kalau program sendiri, buleh arr ejas timing. Nih?? Program orang der..tak tunjuk muka kang, harus menyentap plak 7 keturunan dengan mak nih!! Sudahnya, ku pendam sebuah duka! Hiks..

Kononnya la pendam kan..padahal?? Lepas ku pendam pendam, balik umah dok diam diam. Tak settle jugak kestressan yang melampau tuh, mula la mak meroyan. Time nih, memang la hardest timing untuk anak anak dan laki!! Ko jangan cari pasal, ko jangan buat benda yang tak tentu arah..

image

Mujur tade baby kecik..kalo tak, abis dah ditelan paper paper ni!

Ruang study mak yang macam sarang tikus beranak. Memang takkan ada sesiapa yang berani usik waima selaipun kertas yang berterabur nih. Kalau sesi memerah otak tu mengambil tempoh sebulan, makanya sebulanlah jugak segala mak nenek ni berkeadaan begitu. That why dalam tempoh begini, tetamu adalah sangat sangat tidak digalakkan hadir. Boleh?? Hahaha..nasib la kan. Tuan umah bizi stress sampai nak meroyan!

Tak payah la buat rajin nak mengemas benda paper ni semua..Salah letak cawan pun ko kena bambu tak cukup tanah nak larik, inikan plak korang usik tempat luahan idea idea hebat nih?? Haaa.. Kang ilang konsentrasi mak, sape nak jawap? Huhuhu..

Tah la..Mungkin sebab rindukan anak, mungkin sebab stress, mungkin sebab penat, dan berkemungkinan besar jugak sebab hormon mak tak stabil! Weh..apa yang aku merepekkan ni labuuuuuuuu?? Bukan main panjang lebau luahkan perasaan. Macam la orang nak baca 1-1 word yang mak repekkan nih!

Haaa..camne? Dah abis dah sesi merepek meraban nih. Ada rasa nak tampar tampar mak diri sendiri tak? Ngee..apa apapun, terima kasih sebab membazirkan masa untuk membaca..*peace*

P/s: Err..mungkin juga sebab mak skip makan ubat gila, mak jadi macam nih! Mana nak tau kan?? Nama pun perempuan GILA!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • merepek meraban
  • apa tanda pagi dah penat
  • tanda tanda stress
  • tanda tanda sters
  • tanda tanda penat
  • tanda tanda meroyan
  • tanda sters
  • tak bagi jiwa stress
  • shopping handbag di langkawi
  • sebab penat melampau

12 Responses to “SESI MEREPEK MERABAN. SAH!! INI ADALAH TANDA STRESS BAKAL MELANDA!!”

  1. izan ishak says:

    tak kisahlah mak… asalkan mak lega dapat luahkan kat sini kan. kat mana lagi nak cerita tahap kestressan mak ni . dah paham sgt dah alkisah jadi student ni. jgn sapa berani usik tmpt mak tu ye… hehe
    izan ishak´s last [type] ..Akhirnya Tertunai Satu Lagi Hasrat Di hati…

    [Reply]

  2. el says:

    perghhh laju2 el bc ni…tgk betapa bznya mak nok
    a’ah mak..kita ni pompuan surelah ada perasaan gitu kan..laki mmg xde pung..hati kering hahaha

    pelan2 ye mak…kang meletop lak meroyan mak tu
    tgh2 meroyan dpt habuan pun syok gak ni hahaha

    [Reply]

  3. mama aini says:

    ehem..mama pun tgh meroyan ni..ha2x.. :) dulu masa cik n kat kuala klawang pun mama tiap2 minggu gi jenguk dia..dia siap warning2 kat mama suruh datang..akhirnya terpaksa dipindahkan keKlang semula.. sbb dia asyik nangis kat sana, juga sbb mama asyik muntah2 bila naik `bukit tangga` tu.. :( ..

    [Reply]

  4. JMR says:

    p[ehh..ngahlahakn budak upsr nih..kihkih
    JMR´s last [type] ..advanced wedding gift..

    [Reply]

  5. sharinginfoz says:

    letak lagi banyak2 buku ya atas lantai
    sharinginfoz´s last [type] ..Ini Rupanya Lelaki Yang Buat Pompuan Nangis

    [Reply]

  6. Hans says:

    kemas ruang tamu tu hah
    baru tak emo sangat
    hohoho
    Hans´s last [type] ..Review Filem Cinta Kura-Kura

    [Reply]

  7. adyomega says:

    Peace!.. :)
    adyomega´s last [type] ..Permainan Persepsi

    [Reply]

  8. MUNNA says:

    sabarlah mak….. bawak gi shopping handbag dgn kasut baru…manatahu hilang stress mak tu
    MUNNA´s last [type] ..Selamat Tinggal Pulau Langkawi

    [Reply]

  9. aku says:

    org lelaki jiwa kental mak oi.. kim salam kat pokcik.. dan den sebelajkan pokcik… he he he
    aku´s last [type] ..Apabila hanya gambar bercerita ! 29-02-2012 – Kesan penjimatan elektrik

    [Reply]

  10. iEyLa says:

    huhu..sedih plak bace entry mak nih…
    banyak2 sabar ek mak..
    kalau memanjang je happy lagi susah..
    so ade taim2 nye kne la meroyan jgk mak.. :)
    be strong k..
    iEyLa´s last [type] ..REVIEW: Takdir Fitrah Terindah

    [Reply]

  11. xiaolin says:

    morning mak…erm mana p chat box mak?

    tempat cam tikus beranak tu la bru namanya study mak..haaha..selamat maju jaya mak !
    xiaolin´s last [type] ..WORDLESS WEDNESDAY : On Board yooo !

    [Reply]

  12. Melatiqistyna says:

    Ehehehe, xpe Mak, kalau dh meroyan kat sini, hrp2 kurang sket tekanannya Mak… Kang mereng lak kang Mak aku sorg neh… Ahahaha *guwau jek Mak, xleh guwau dok surau*muahahaha
    Melatiqistyna´s last [type] ..Sengal… Tak Sengal…. :D

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge

  • RSS
  • Stumble
  • technorati
  • Digg
  • Delicious
  • Twitter
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.