WALAUPUN BANGGA, HATI IBU INI BERDUKA..

3 hari jer lagi..Setiap ari dalam hati ibu kau ni sentiasa buat countdown. Bukan countdown untuk new year but countdown untuk melepaskan anak sulong nih pergi mendewasakan diri dan hidup berdikari..

Tahu tak long..dalam pada ibu dan abah kau yang sangat berbangga dengan pencapaian kau, hati ibu kau sentiasa berduka?? Kau tak tahu kan long.. sebab?? Ibu tak pernah tunjukkan kerisauan ibu pada kau nak!

Kau ingat ibu suka along dok di asrama?? Kau ingat ibu kuat nak lepaskan along pergi?? Setiap kali ibu tengok kau berkemas barang barang along, setiap kali itu jugaklah hati ibu kau nih merintih hiba..?

Tahu tak long?? Ibu sangat susah ati…Tidur malam ibu 2 3 menjak ni sentiasa tidak lena memikirkan dah tiba masanya untuk ibu lepaskan ko pergi??

Kau tak tahu kan long..setiap malam selepas kau lena tidur di katil, ibu akan masuk kedalam bilik dan memerhatikan kau tido?? Alangkah depan mata pun ibu takut kau kesejukkan..takut di ketik nyamuk..takut kau tak selesa..inikan pulak jauh dari ibu dan keluarga!!

Ibu takut kau tak kuat..

ibu takut kau lapar..

ibu tak nak kau sunyi!

Ibu risau kalau kau sakit

ibu tak mahu kau rasa terpinggir

Dan yang paling ibu takut, ibu tak nak along rasa ibu tak sayangkan along..ibu nak along pergi bukan bermakna ibu benci. Ibu nak along pergi for good. For you good future..

Kenapa airmata ni tak reti reti nak kering?? Setiap entry yang dedicate kepada along, airmata akan bertandang. Setiap perenggan yang ditaip, ia disusuli dengan jujuran airmata sang ibu..tak tahulah banyak mana airmata aku akan tumpah pada 3hb Januari kelak..

Antara harapan dan perasaan sang ibu

Demimu wahai anak

Nak menangis ataupun berduka

P/s: Rasa macam tak kuat je nak hantarkan along pergi..

BUNUH SETAN

Just wanna share joke yang ‘biru’ sket pagi nih. Jangan take serius plak taw..Mak tasuke arr serius serius gaban nih!! Hidup kena ceria walau hati penuh luka. Okeh?? So, lawaknya berbunyi begini..

Dikatakan ada sepasang suami isteri ni..si suami memang bangsa serius serius badak. Si isterinya plak, jenis bangsa blur tak berapa nak past paper matematik SPM marin. Mungkin bahasa melayu pun markahnya cukup cukup makan aje kot. Memang stok lembab dow bininya nih..

Suami : Tadi, saya borak borak dengan kawan kat opis

Isteri : Apa yang diborak kan?? Sonok ker tajuknya..

Suami : Katanya, kalau suami isteri membuat perhubungan di malam Jumaat, seround kita bersama, pahalanya sama seperti membunuh 44 ekor setan.

Isteri : Ye ke bang?? Pahala seround sama dengan pahala membunuh 44 ekor setan??

Suami : Yea..1 round pahalanya sama dengan pahala bunuh 44 ekor setan.

isteri : kalau 2 round plak berapa setan kena bunuh?

Suami : 2 x44 = 88 la

Isteri : kalau 3 round?

Suami : 3 x 44 = 132 ekor setan

Isteri : Hurmm..banyak tuh! Err kalau 4 round?

Suami : Isk..4 x 44 = 176

Isteri :*tak putus putus asa bini dia nih tanya weh..* kalau 5 round, banyak mana plak setannya kena bunuh ye bang??

Suami : 5 x 44 = 220 ekor setan lah yang kena bunuh..

Isteri : Tapi kalau 6 round?

Suami : 6 x 44 = 264 lah. *taim nih lakinya dah naik dah temperature layan ke’blur’an sang isteri*

Isteri : Kalau 7 round bang??

Suami : Kalau sampai 7 round, itu bukan nak bunuh setan..ITU NAMANYA NAK MEMBUNUH AKU SETANNN!!!

Bunyi cengkerik mengiringi lelap mata mereka pada malam itu..

Uji IQ : Persoalannya sekarang, berapa ekorkah setan yang telah dibunuh malam tadi??

MEMANG TAK BOLEH BLAH TAHU TAK??

Dalam jangkamasa sebulan dua akan datang, percayalah…Hidupku bakal dikelilingi oleh jantan jantan gagah perkasa, gantang, tegang dan cekang kulit mukanya. Memang semuanya stok stok model terhangat dan pelakon yang mampu membuatkan kaum kaum hawa nih merembes peluh di muka bila menatap wajahnya..

Ko mampu hidup dikelilingi oleh stok model model gagah perkasa tu semua?? Tahu tak sebab apa mak boleh tapi korang tak boleh?? Hehehe..sebabnya adalah…..

Dalam rumah mak nih, sorang mamat nih bercita cita tinggi nak jadik cam Aaron Aziz. Konon konon aim muka tegang tak boleh blah. Tu pasal gigih dok guna L’oreal Men Expert.

Yang sorang jantan gagah lain plak, berimpian nak dapat muka cam si Fahrin Ahmad. Alaaaaa..Fahrin si model dan pelakon yang bodinya ketak ketak tuu. Tak jemu jemu dok menyuci muka dengan Garnier Men tu hah

Yang sorang lagi, pun nak jugakkkkk!! walaupun baru jer umo 10 tahun, dah pandai komplen muka hitam la, hangus la apa. Bila bapak ada L’oreal facial form, si abang ada Garnier form, dia pun musti la nak jugak. Memang poyo yaaaaaaaa amekk!!

Nampaknya, tang yang pompuan seketui nih jugak la yang jadik pompuan yang paling sadis..mencapai jerk facial form yang serba sederhana. Mujur jerk tak guna sabun buku kuning untuk gonyoh bontot periuk belanga tu hah!! Ater..my personal expenses lebih menjurus kepada pembelian harta harta mereka!!

Dan, bila tengok balik barisan facial form yang ada atas sink ni, facial form aku yang paling cikai sekali harganya diantara semua?? Patutlah muka mak ni cantik sikit je dari bontot kuali yang berkerak tu haaaa*buntang bijik mata sambil tunduk berlalu sepi*

Sungguh tak puas ati!! Ini memang betul betul tak boleh blah tahu tak!!

THE NEXT MALAYSIAN ASTRONAUT MELAWAT PLANETARIUM NEGARA

Since si along ni minat giler dengan segala benda berkaitan sains dan angkasa, dia request nak ke Planetarium Negara pada cuti sekolah kali nih. Tambahan plak, cuti cuti sekolah ginilah waktu yang paling sesuai untuk bawak anak berjalan sini sana, marilah kita berjimba anak anak..

Walaupun mak korang tengah demam exam berpinau pinau, abaikan dulu buku dan note sekejap. Kang, dah memalam buta bila semua ahli rumahtangga ni tarik selimut berdengkur dengkur, barulah mak korang jadik burung hantu dok tersengguk sengguk menghapal segala nota bagai!

Bayangkan ajelah..esok nak exam weh but sempat lagik mak bawak anak melawat ke Planetarium Negara nih..!! Huhuhu..inilah namanya pengorbanan tahu?? Dahulukan keluarga dari segala galanya. Pastu bila terkelip kelip ngadap paper exam dalam dewan tu kang, nyorok kepala dalam almari baju menangis sensorang!

Turun rumah dah lambat, so sampai kat Plenetarium ni pun lambat lah! Dah la kena menapak bapak punya jauh dari parking kereta ke pintu masuk Planetarium ni..Memandangkan lagik 30 minit aje lagik pintu tu nak tutup, gigih mak montel korang ni panjat tangga yang gila tinggi tuh! Hazap nak mampossss..

Sesampai jer, kaunter membeli tiket dah tutup, pintu masuk dah kunci! Ayak..tercunggap cungap mak ni panjat tangga setinggi tinggi sampai kejang kaki, kaunter plak tutup?? Adesss..tapi mujur jugak pak guard tu sangat sangat bertolak ansur. Memahami pengunjung ni datang dari jauh gamaknya, dibagi jugak masuk. Walaupun ikut pintu belakang, free tatau!!

Tempat pertama yang derang kejarkan, balai pencerap. Naik tingkat atas, guna lif. Pastu kononya nak turun cepat, malas nak tunggu lif, derang paksa mak turun ikut tangga. Berapa tingkat Planetarium ni pun mak tatau la..tapi bila sampai kat level paling bawah, pintu keluar plak kunci!! Tak boleh nak keluar melainkan ko kena panjat balik tangga tu naik keatas balai pencerap tadi dan turun melalui lif yang korang malas nak tunggu tu!!

Damn!!! Serius..taim tu, mak memang rasa nak maki maki ajelah dah!! Rasa nak matik tahu tak turun naik tangga yang tatau berapa belas tingkat tu??? Nak bernapas pun macam tak cukup oksigen..mengalahkan Amazing Race dah hah! Tak sampai 10 minit tadi panjat bertinggat tingkat tangga nak naik ke Planetarium nih, pastu buleh plak turun naik tangga menari balai pencerap ni plak..

Pas dah dapat turun melalui lif, memasing masuk tempat ni. Kalau tak salah, kotak sifar graviti kehapa tah. Bila masuk sini, automatik kapla korang akan pening!!

Dalam ni, banyak gila info tentang angkasa dan bintang..so, Angah dan adik dok explore memacam info yang ada dalam nih..

 Along la manusia yang paling leka dok dalam Planetarium nih..

Semua benda dia nak explore!! Sampaikan angin ribut dalam balang tu punnnn dia minat!

Ko jangan tanya apa yang mak suka tengok kat Planetarium nih. Pose seketui dua je. Selebihnya, jadik jurugambar anak anak.


Hah..melopong korang tengok suit angkasawan tuh?? Belajo pandai pandai yeh..sok lusa buleh korang plak jadik the next  Malaysian astronaut!!

2 ketui bakal angkawasan Malaysia akan datang tengah naik kapsul Soyruz!!

Eceh..ceh..ceh..Kengkunun tengah mengemudi syoruz tu la kononnnnnn…


Shhhhh..angkasawan Malaysia sedang tido!! Sempat jugak dia test sleeping beg angkasawan tu..

Pose kenangan kat enjin roket Viking..

Korang tau tak..bila masuk je pintu Planetarium ni, along dah aim nak tengok suit angkasawan. Yang si angah, korang rasa dia aim apa?? Dalam banyak banyak benda dalam Planetarium ni, sebanyak banyak benda sains dan angkasa lepas yang ada, korang tau apa yang dia nak sangat sangat tengok in real??

Ni lah benda yang nak sangat angah tengok secara real!! Tahu tak benda apa?? Ahaha..SUB SISTEM BAHAN KUMUHAN. Bahasa yang paling mudah ikut pemahaman si angah adalah ‘ angah nak tengok tempat angkasawan tu berak’ Kah kah kah..

Untuk memberi lebih kejelasan dan pemahaman korang, along dijadikan model bagi sistem bahan kumuhan tuh. Yang paling tak tahan, siap ada tatacara penggunaan tuuuu..

SEDIA…..TUJU….LEPASKAN!! Kah kah kah..


Gambar terakhir untuk tanda kenangan..

Walaupun hanya diberi masa selama 30-40 minit untuk menjelajahi Planetarium nih, sangat sangat berbaloi untuk menunaikan permintaan si along!!

Tak pe long…sok lusa bila kita ada masa, kita datang lagi ke Planetarium Negara ni yea. Next taim kita datang, kita beli tiket masuk yang berharga RM 1 tuh, kita borong sekali semua tiket untuk menonton dokumentari yang Planetarium tu buat. Bior pasni, along plak jadi The Next Malaysian Astonaut. Hehehe..

NAK MENANGIS KE NAK SUKA?

Tak lama dah tempoh si sulong ni nak bersama keluarganya. Kalau dihitung kira, lebih kurang 1 minggu je lagik sesi persekolahan 2012 akan bermula. Persiapan sekolah adik adik dah dibuat..tinggal lagi persiapan si along je tak membeli apa apa. Masih menantikan tawaran ke sekolah yang dipohon atau ada mana mana yang menawarkan tempat untuk along..

Along dah cuak ekceli. Manjang dok keep asking mak bila nak buat persiapan sekolah dia. Mana mana sekolah pun tak dapat tawaran lagik, macamana nak buat persiapan anak??

Semakan Tawaran ke TIngkatan 1 Berarama Penuh ( SBP ) bagi sesi persekolahan 2012 telah disemak. Gila sedey..tak ada rezeki along untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh dalam aliran Sains. Hati mak dah dup dap macam nak pecah. Dah rasa nak menangis sambil menconggak conggak manalah sekolah yang boleh untuk menempatkan dia..Sekolah Berasrama sekarang ni bukan boleh main sergah sergah je. Semua pakai online aje dah..

Kalau Sekolah Berasrama Penuh yang ranking ke 2 dalam sistem pendidikan Malaysia nih pun along tak dapat tempat, inikan plak MRSM memang top 1 yang memang diketahui menjadi rebutan tu kan?? Dah la punya susah nak fight dengan orang MARA aritu!! Sampaikan si apaknya luah rasa kecewa~ Kalau dapat 4A pun tak leh dapat SBP, kat mana tempat untuk budak budak yang dapat gred gini?? Susah susah dapat 4A pun macam takde nilai! Hurmm..sape nak jawap tu?

Pastu, harap harap dapat la tempat ke Sekolah Berasrama Rancangan Khas. Ini ajelah harapan terakhir mak. Dapat sekolah ranking ke 3 ni pun jadik lah..at least sekolah berasrama dan pelajar pelajarnya dari kalangan yang terpilih. Berdasarkan pemberitahuan kat laman web Jabatan Pendidikan Pahang tu, semakan hanya boleh dibuat mulai 19 Disember 2012 je. So, gigih la mak ni menunggu tarikh 19 Disember nak buat semakan.

Check punya check kat E-semak JPN Pahang ni, alhamdulillah. Syukur sangat sangat. Akhirnya dapat jugak along ke Sekolah Rancangan Khas tapi masalahnyaaaaaaaaa…sekolah yang ditawarkan bukan pilihan kami plus, aliran yang ditawarkan adalah aliran agama. Huaaaa…macamana nih??

Pokcik dah plan nak pi memohon masuk ke sebuah Sekolah Sukan. Huii..klu boleh, mak takmo la anak mak pi sekolah sukan. Yea..walaupun sekarang ni sekolah sukan pun dah mementingkan akademik dan kurikulum but sekuat manalah si along tu nak menahan badan. Letih wooo..mana nak sukan doploh jam sehari. Pastu, dah penat, bila taim nak study. Kang,prestasi akademik ko down, kena kick bungkus kain baju ko berambus la dari situ!! Mau?? Hohoho..pendidikan anak buat sesuatu yang boleh menjadi taruhan..

Acaner nih?? Aliran agama..sudahnya mak dah cuba contact orang orang yang mak kenal di Pejabat Pendidikan. Kalau tak dapat tukar sekolah, dapat tukar aliran agama ke aliran sains pun jadik lah. Mak cuma nak dapatkan apa yang along nak. Dia minat aliran sains. Mak takmo apa yang berlaku pada mak selama ini terjadi pada anak mak!! Selagi ada daya mak, mak akan usahakan untuk pembelajaran si along. Dia nak sains, kita cuba dapatkan sains!

Dalam dok sibuk berperang macam nak pitam dengan note note pun, curik masa drafkan surat rayuan untuk pertukaran sekolah dan aliran di Sekolah Rancangan Khas. Dok selak selak kalendar tengok date mak free untuk lari kejap jumpa Pegawai PPD, mak dapat berita yang sangat menggembirakan ini. Terus cancel jumpa Pegawai PPD tuh.

Tetiba…dapat surat ni!!

Dapat je khabar gembira ni, terus terdiam. Tatau nak menangis ke atau nak suka bergembira. Bukan mudah nak dapat tawaran sekolah ni tapi bukan senang jugak mak nak lepaskan anak mak ni pergi. Aduhhhhh..airmata dah menitik nitik. Sumpah tak leh tahan dah walaupun dah lama nak cuba psiko diri sendiri.

Memang tatau nak rasa apa!!  Nak menangis ke atau nak suka..yang pasti, semalam taim mengemas bilik anak anak, tengokkan barang barang dia tu pun dah boleh buat mak jadi mandom. Nangis teresak esak dalam bilik budak tuh. Walaupun pokcik kata mak kena terima, mak MESTI lepaskan anak anak mak..mak tetap tak leh hentikan airmata!!

Tengok medal, mak menangis. Tengok gambar dia, mak suka.

Pandang katil  dia, mak menangis. Paling ke  baju bajunya mak tersenyum suka.

Korang boleh kata mak emo..

korang leh tuduh mak macam macam

tapi korang tak akan rasa apa yang mak rasa

sehinggalah korang alami apa yang mak hadapi

 

P/s: Ibu jangalah fikir yang bukan bukan…

Along janji tak akan berubah..

Along kata insyaallah dia tak akan terpengaruh dengan sesuatu yang negatif..

Along janji dia akan belajar sungguh sungguh..