TUGAS WAKIL RAKYAT

Salam korang. Sihat ke korang arini? Mudah mudahan semuanya sihat dan jaga la kesihatan korang baik baik ye. Eh, pesal plak tetiba je mak ni nak tanya pasal kesihatan korang macam pegawai kesihatan hah? Hurmm…terpanggil dan semacam ada wake up call gitu sebenarnya.

Lately ni, mak bukan sahaja sibuk dengan kerja dan study. Mak juga sibuk dengan tugasan sebagai wakil rakyat. Hihihi..ater, maunya tak?? Tak sudah sudah pi ke hospital melawat dan menziarahi orang yang uzur. Ramai nau yang sakitnya! So, mak yang sihat ni, terpaksa la menjalankan tanggungjawap sebagai wakil rakyat tu. Ye idak?

Rasanya 2-3 minggu yang lepas, ada mak mohon agar korang mendoakan kesejahteraan my uncle yang sedang komakan? So, kerana my uncle masih di hospital, mak masih berulang alik ke hospital Temerloh untuk menziarahinya.

Aritu, dia dah sedar dari komanya. Dah kenal mak dan semua kaum keluarga walaupun penafasannya di bantu oleh bantuan oksigen. Tapi tak lama rupanya! Doktor terpaksa membuat pembedahan di paru parunya untuk mengeluarkan cecair dan membuatkan dia tidak bernafas. Now, dia kembali koma..

Selain my uncle koma, 2 orang sahabat mak juga warded atas kemerosotan kesihatan masing masing. Kojie dan Karim MJ. Masing masing dengan penyakit slip disk * Entry si Kojie pasal sakitnya buleh baca kat benda nak jadi* dan Heart Attack ( minor ). Mak dapat sms dari mereka sewaktu mak di Kluang. Sebagai wakil rakyat yang berwibawa, terus rasa tak sedap ati. Tak dulik…dari Kluang johor tu, zass plak terus ke Seremban untuk ziarah kawan kawan blogger ni plak. Sorang di KPJ dan sorang lagik di Hospital Seremban but kita pi lawat dia di rumahnya.

Alhamdulillah..nampaknya masing masing dah sihat. Si Kojie dah kembali dengan laser dan gediknya.  But si Karim MJ mengambil keputusan untuk mengundur diri seketika dalam arena blog ni. Sebagai sahabat rapatnya kita tertanya tanya mengapa but bagi mak better la kita restui dan sokong sahaja keputusannya daripada kita menambahkan serabut kepalanya kan?

Baru je nak tarik napas lega, last week dapat plak call dari kawan si pakcik!! Hah..melaju plak wakil rakyat ni menjalankan tugas. Pi plak hospital Jempol menjenguk kawan sorang tu.  Lagi dasat casenya tu..diserang sawan semasa membonceng motor! Terus ajelah sodok vontot bas! Hui..nauzubillah! Dan mujur gak tiada apa apa yang parah. Cuma kena jahit 7-8 jarum kat sini sana dan warded selama beberapa hari dek kerana penyakitnya tu..

Tak pe lah..bagi mak, jauh adalah second issue. Yang penting, masa senang kita bersama sama, so masa susah, kita juga perlu sama sama. Memang..apa yang boleh kita buat bila kita melawat mereka tapi..terfikir tak bagaimanakah perasaan mereka yang terlantar merenung syiling tu? Tak de teman, tak de kawan, tak de keluarga untuk menghilangkan sunyi dan gementar mungkin! Cuba kita di tempat mereka..

So, amacam?? Gigih tak wakil rakyat ni?

Bagus tak service wakil rakyat yang menjaga kebajikan ni…

Kalau bagus, kalau suka..sila la pangkah saya dalam pilihanraya akan datang ya!!

Hehehe..apapun, korang pun kena jaga kesihatan korang baik baik tau! Yang tak sihat, makan ubat rajin rajin, Yang sihat, teruskan sihat tu..Bukan apa. Mak tak mo arrr menjalankan tugas ni selalu selalu. Migrain den…Kang, mak plak yang warded!

Nota terkini : Pada semua kawan kawan yang mengenali Karim MJ, dia mohon kepada mak untuk menyampaikan salamnya pada korang. Rindu sangat pada korang katanya..dan, dia juga memohon maaf pada korang sekiranya dia ada melakukan kesilapan.

34 thoughts on “TUGAS WAKIL RAKYAT

  1. 1 more pengundi yg bakal memangkah ai nnt!
    hihihihi..
    u nak warded?? tingin masuk warded ker..choi! choi! choi!
    Kalu berkesempatan, ada kelapangan, diijinkan tuhan,
    insyaallah..benda2 gini, bukannya buleh janji..kan?

  2. saya bersedia memangkah anda pada pilihan akam datang…terbaik!! ini lah contoh wakil rakyat yang kami perlukan… :P esok2 dengar ai warded jangan tak dapat pulak..

  3. kalau mak ni wakil rakayat memang saya undi dah..
    hehehe…

    Karim mj??
    saya dulu selalu jugk pi blog dia..
    semoga semuanya cepat sembuh.

  4. Assalam..

    Semoga rakan2 tersebut sembuh meskipun saya tidak mengenali mereka.
    Sikap yg patut dicontohi kerana mengambil berat rakan2 yg sakit & tak perlu tunggu sampai jadi wakil rakyat

  5. wakakaka..
    ada ati nk jd MB gitu kan..
    rasuah?? tak amik…tak amik
    tp kalo org bg ‘hadiah’
    bg ‘duit kopi/teh’ tu
    boley kan? Kahkahkahkah..
    *berasap kubor aku sok*

    Aminnnn..tq JMR

  6. Amin..moga my uncle juga akan kembali seperti sedia kala
    Yup..so, sblm kita yg terlantar sakit, baik kita menjalani hidup yg sihat,
    jaga kesihatan dan sentiasa mendoakan kesihatan kwn2 too

    Yb juga ingin mengucapkan selamat wiken pd MDT
    *Haktuikahkahkah…pasan jd YB

  7. hahaha..taw x pe
    sbb bz kedaung ni, kena cari 1 seketeri seksyi yg boley manage my jadual kot
    sape yg x keja keja yek?? boley apply tuh

    bkn apa pana
    kebetulan mmg semua kwn2 yg kita kenal rapat kan?
    tak sonok plak rasa ati kalo x pi jenguk
    like kojie tu..dah 2x warded kan..rasa x senang ati kalo x pi

    P/s: Hurmm…yg boleh mak katakan, dia mgundur diri kerana masalah kesihatan dia

  8. salam ma!
    thanks ma cz mendoakan mereka semua
    LM pun mendoakan agar mama sentiasa sihat ya
    hrp2 mama x akan mendiami bilik 1-8D tu dah
    jaga kesihatan baik2 ye ma!

  9. kahkahkah..mcmana nk bertanding ni..
    logo parti pun tak buat lg!! kihkihkih
    ellen tlg design taw..ut task ni!

    Yeah..betul tu ellen
    mak setuju. kena dgr nasihat berguna dr ellen ni kan

    Ok..i will ellen.
    mak say tq bg pihak derang yek
    kerana sudi mendoakan kesihatan mereka

  10. pasni leh jadi MB lak..dah jadi wakil rkyat, jgn amik rasuah lak yek..kihkih..

    didoakan semoga dikurniakan kesihatan yang sempurna..amin..

  11. semoga si kojie & karim MJ kembali sihat seperti sediakala..

    kadang2 kita yg sihat ni pun tak perasan yg kita ada penyakit..

    selamat berhujung minggu yb..eh! mak tiri :P

  12. bz betol la wakil rakyat sorang ni…semua org yg dapat musibah mak kunjung kan…mmg terbaik la mak….
    semoga semua yg terlibat dalam aksi2 panas ni cepat2 sembuh ye…

    p/s:
    masih tak pueh ati selagi tak tau nape YB mengundur diri…

  13. salam..mama bz sikit ari ni he 2x…. mama doakan semuga mereka akan cepat sembuh..insyaallah !!..tuhan menguji.. mungkin ada hikmah disebaliknya ..mama teringat waktu terlantar seorg diri didlm bilik 1-8D PPUM…rasa sayu n sob..sob..sungguh menyiksakan !!!…trauma sesangat !!

  14. wah…mak dah nak jadi wakil rakyat..suker gila…nanti pangkah mana satu mak..inform ya..hehee

    Simpati gak ngan mereka yang sakit2 sekarang…huhu…tapi pesan ellen ngan dorang..hati mesti mo kuat..anggaplah tu semua cobaan yang di beri oleh Tuhan untuk kita…semua yang terjadi ini ada hikmah di sebaliknya..

    Kepada Bro MJ..harap mak sampaikan ya…ellen pun nak minta maaf ngan dia kiranya masa berkenal, ber bw..ada yang buat dia sakit hati atau tak senang ngan Ellen…Buat Kojie..sembut cepat2 ya….jum la p tgk hantu di blog ellen..opsss…terlebih sudah!!!hehee

    Salam sayang dari Ellen….

  15. hi dear! lama x nmpk berkomen2 di sini..dah sihat dah kan?
    tak perlu ucapkan terima kasih pun.
    sahabat akan bersama2 memikul kesusahan kan?

    Kurang sakit sbb gelak??
    mak takut makin parah je sbb gelak kuat non stop aritu!
    hihihihi

  16. wassalam org baru!
    insyaallah..bila kwn2 x sihat,
    mmg doa ajelah yg dpt kita bantu

    P/s: Salam perkenalan yea org baru..
    baru kenal tp mcm dah lama jumpa!

  17. mak..terima kasih sekali lagi kerana dtg melawat…menceriakan keadaaan…happy sngt mak dtg….kurang sakit dengan ketawa …..thanks again mak

  18. bagusnya mak…nak pangkah parti apa ye mak?

    semoga semuanya kembali sihat sejahtera…. hari ni hari diaorg …ntah lusa kita pula yg di ziarahi….

  19. assalam….

    orang “baru” komen…

    doakan kesihatan mereka yang terlibat insallah doa sahabat ada berkatnya….

  20. hoho.chaiyok2 YB!!!

    Skit tu bkn kt yg minta kan..tuhan nak bg nak uji kita.dan skit tu penghapus dosa

    sy sntiasa mendoakn kesihatan semua org yg terdekat ngan sy..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>